Thursday 23 September 2021

Review SOL Coffee

Pengenalan 

Hari ini saya akan review kopi SOL Coffee Malaysia - salah satu jenama kopi mesra poket bagi mereka yang inginkan kopi dengan mudah.


Saya akan review kopi daripada jenis Woody dan Silky.


 https://cf.shopee.com.my/file/b7cf2349a48ef90ba4a653715d6439a5https://cf.shopee.com.my/file/717e4c915252a905f87d340edd4c4887

(sumber gambar: Shopee)

Dalam edisi review kali ini, saya akan kongsikan pengalaman menempah serbuk kopi drip bag bagi kopi dengan varian 5 paket kopi Woody dan 5 paket kopi Silky. Pek ini diperoleh secara berasingan dengan harga RM8.50 setiap satu (jumlah bagi 2 pek RM17.00) beserta penghantaran percuma. Satu harga yang sangat berbaloi dengan kualitinya dan bonus penghantaran percuma bagi satu Malaysia dengan syarat anda menggunakan baucar Free Shipping dari Shopee.


Latar Belakang

SOL Coffee merupakan pengeluar kopi yang menggunakan platform online Shopee bagi penggemar kopi yang inginkan kopi yang segar dan dipanggang setiap hari Rabu dan akan dihantar dalam tempoh kurang dari 48 jam. Hal ini bagi memastikan kesegaran kopi dalam keadaan terbaik.

 

Pemilihan Kopi

4/5 bintang ⭐⭐⭐⭐

Hampir kesemua kombinasi yang ditawarkan sama ada bean penuh ataupun yang telah dikisar. Kuantiti drip bag adalah 5 paket manakala bagi bean penuh atau yang telah dikisar pula 250g atau 500g.

 

Kopi Yang Ditawarkan

4/5 bintang ⭐⭐⭐⭐ 

Pilihan kepelbagaian bean yang banyak iaitu 7 bagi single origin dan 7 bagi blend dapat memenuhi cita rasa penggemar kopi sepanjang tahun.

Antara kopi single origin yang ditawarkan:-
 

Brazil Santos
Colombia Supremo
Nicaragua
Ethiopia Yirgacheffe
Honduras HG
Guatemala
Ethiopia Keffa Bonga G1

Manakala bagi kopi blend yang ditawarkan:-


Woody Blend
Silky Blend
Matahari Blend
Sunshine Blend
Lunar Blend
Sao Paolo Blend
El Salvador Blend 


Kualiti Kopi

5/5 bintang ⭐⭐⭐⭐⭐ 

Kopi yang dibekalkan sangat berkualiti tinggi dan sangat segar. Bau kopi yang harum dapat dihidu apabila parcel dibuka. Kopi juga dipanggang khas mengikut tempahan dan hanya akan dipanggang pada Hari Rabu serta dihantar dalam tempoh kurang dari 48 jam bagi memastikan kesegaran kopi dijamin.

 

Kopi Woody yang dibancuh sangat terasa coklat pekat dan kacang manakala bagi Kopi Silky yang dibancuh pula mempunyai rasa buah dan rasa kopi yang seimbang, tidak pekat dan tidak juga terlalu cair.

 

Harga

5/5 bintang ⭐⭐⭐⭐⭐ 

Sangat mesra poket dengan harga hanya RM17.00 bagi 10 paket drip bag dan penghantaran percuma seluruh Malaysia. Order bagi bean dengan variasi 250g pula bermula dengan harga RM12.50 bagi 250g dan RM22.50 bagi 500g.

 

Deskripsi Kopi

4/5 bintang ⭐⭐⭐⭐

Deskripsi kopi dari segi asal usul kebun kopi, nota rasa kopi, profil panggangan kopi, proses, altitud dan kepelbagaian proses kopi juga diterangkan dengan cara mudah difahami bagi membolehkan pembeli memilih jenis kopi yang diinginkan. Hal ini bagi membolehkan penggemar kopi memahami asal usul kopi dan menghargai kopi yang diminum.


Pembungkusan

5/5 bintang ⭐⭐⭐⭐⭐ 

Kopi dipek dalam bungkusan beg zip tertutup dengan injap keluar gas. Beg zip ini sangat berkualiti dan tahan lama dan mudah untuk dibawa ke mana-mana sama ada berpiknik ataupun ketika mengembara. Label pada bungkusan juga jelas menyatakan tarikh kopi dipanggang, profil panggangan kopi, jenis kopi, asal usul kebun kopi dan nota rasa kopi. Nota rasa kopi ini berguna bagi memastikan penggemar kopi dapat mengjangkakan rasa kopi yang diinginkan bagi bancuhan kopi.

 

Pengalaman Pembeli

5/5 bintang ⭐⭐⭐⭐⭐ 

SOL Coffee boleh didapati menggunakan platform Shopee yang sangat mudah untuk diakses dan bagi proses memilih kopi sehingga ke pendaftaran dan akhirnya memilih alamat untuk penghantaran. Penghantaran menggunakan J&T mengambil masa kurang 5 hari dari Kuala Lumpur ke destinasi di Sabah. Pembungkusan sangat kemas dengan bubble wrap.

Semestinya pengalaman yang sangat memudahkan dari proses memilih kopi sehingga kopi sampai di depan pintu rumah.


Kesimpulan

5/5 bintang ⭐⭐⭐⭐⭐ 

Secara keseluruhannya, saya sangat berpuas hati dengan kualiti kopi dan rasa kopi daripada SOL Coffee. Sangat berbaloi dan sangat teruja untuk pesanan yang seterusnya. Pilihan kopi yang ditawarkan juga sangat mesra poket.




No comments:

Post a Comment

Review SOL Coffee

Pengenalan  Hari ini saya akan review kopi SOL Coffee Malaysia - salah satu jenama kopi mesra poket bagi mereka yang inginkan kopi dengan m...